Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anwar: Penting miliki pemimpin darah muda

    SINGAPURA, 16 Sept – Adalah penting untuk mempunyai pemimpin ‘darah muda’ yang bergandingan dengan generasi pengganti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Anwar berkata demikian kepada Yang Razali Kassim, Fellow Kanan S,Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang, Singapura dalam ‘Bicara Bersama Anwar Ibrahim’.

    Ini merupakan sebahagian siri RSIS tentang Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 dan selepas itu.

    Yang Razali menghantar satu senario kepada Anwar, sambil berkata “Apabila anda mengambil alih sebagai perdana menteri, adakah anda melihat penting untuk mempunyai generasi baru pemimpin dengan anda, generasi pemimpin pengganti?

    Menjawab pertanyaan itu Anwar berkata “Ianya semulajadi. Kita perlu mempunyai beberapa orang yang berpengalaman dan kita perlu menyuntik darah baharu. Kita perlu berbuat demikian. “

    Anwar berkata kekuatan yang boleh dilihat dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbanding dengan parti-parti dalam Barisan Nasional (BN), “kami mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang diamanahkan dengan jawatan utama dalam parti, di Parlimen, khususnya Selangor, berdasarkan pengalaman dan pendedahan. ” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda