Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Anwar: Serangan Iran ke atas Israel ‘sah’

    KUALA LUMPUR, 16 APRIL – Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim kelmarin berkata serangan peluru berpandu dan dron Iran ke atas Israel dua hari lalu adalah ‘sah’.

    Kuasa dunia telah menggesa menahan diri selepas Iran melancarkan lebih 300 dron dan peluru berpandu ke atas Israel pada Sabtu lalu, walaupun tentera Israel berkata hampir kesemuanya berjaya dipintas.

    Anwar juga menggesa Israel supaya tidak mengambil sebarang tindakan balas yang akan memburukkan lagi ketegangan di Timur Tengah.

    “Pelancaran dron oleh Iran adalah tindakan yang sah berikutan serangan kejam oleh rejim Zionis Israel terhadap kedutaan Iran di Damsyik,” kata Anwar dalam satu kenyataan yang merujuk kepada serangan maut 1 April lalu oleh Israel ke atas konsulat Tehran di ibu negara Syria itu.

    Kenyataan itu dikeluarkan selepas Anwar mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Malaysia bagi membincangkan ketegangan yang memuncak di Timur Tengah.

    Anwar telah mempertahankan hubungan Malaysia dengan kumpulan pejuang Palestin yang disokong Iran, Hamas, yang melancarkan serangan maut terhadap Israel pada 7 Oktober lalu yang mencetuskan perang di Gaza. – AFP

    Anwar berucap semasa Majlis Keselamatan Negara Malaysia. – ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...