Saturday, December 28, 2024
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi

    SINGAPURA, 30 JAN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi ke Singapura.

    Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri.

    Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri mendarat di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 9:40 pagi.

    Ketibaan beliau disambut Menteri Luar republik itu, Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

    Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar. Jadual padat menanti perdana menteri dalam rangka lawatan sehari itu bermula dengan sam-butan rasmi yang diadakan di Istana.

    Beliau membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong yang juga menganjurkan majlis makan tengah hari rasmi.

    Ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Singapura selepas menyandang jawatan Perdana Menteri. – Bernama

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Halimah Yacob di Istana kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda