Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Anwar ucap selamat berjuang

    KUALA LUMPUR, 21 DIS – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaya yang akan memulakan kempen Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 bertemu Myanmar.

    Menerusi catatan di laman Facebooknya, Anwar menaruh keyakinan tinggi dengan kombinasi muka lama dan baharu yang ditampilkan jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon pada edisi kali ini mampu menterjemahkan kualiti serta prestasi terbaik.

    “Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya. Berjuanglah sepenuh jiwa demi lencana di dada!,” menurut catatan itu.

    Pasukan negara akan meneruskan aksi menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menerima kunjungan Singapura (3 Januari) di Bukit Jalil bagi memburu dua slot teratas Kumpulan B untuk layak ke separuh akhir. Sepanjang 13 edisi kejohanan dwitahunan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Piala Tiger, Malaysia muncul juara sekali pada 2010 serta naib juara sebanyak tiga kali – edisi sulung 1996, 2014 dan 2018. – Bernama

    Harimau Malaya bergambar sebelum beraksi pada perlawanan kumpulan B menentang Myanmar di Stadium Thuwunna. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...