Monday, March 31, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anzalna kongsi cerita sedih

    Pelakon Anzalna sememangnya terkenal dengan sikap pemurah malah sering membantu golongan kurang berkemampuan.

    Kali ini, Anzalna, 38, berkongsi kisah sedih apabila bertemu sebuah keluarga mencari rezeki dengan menjual kuih raya untuk merawat ibunya yang sakit.

    Menurut laporan mStar, Anzalna menceritakan bahawa dia sempat membawa keluarga berkenaan membeli barang keperluan hari raya sebelum mengajak mereka pulang ke rumahnya untuk berbuka bersama.

    Namun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila suami wanita itu datang menjemputnya dengan menaiki motosikal.

    “Selepas beli-belah, mereka nak sambung berniaga jual kuih raya tapi saya tak benarkan sebab sudah Maghrib. Saya cakap biar saya beli kuih mereka.

    Anzalna sememangnya terkenal dengan sikap pemurah malah sering membantu golongan kurang berkemampuan.- mStar

    “Saya ajak mereka balik ke rumah sementara tunggu suami dia datang ambil, suruh duduk atas sofa tak mahu, dia segan.

    “Tak sempat berbuka bersama, walaupun makanan dah terhidang, jadi saya bungkus makanan untuk mereka bawa pulang,” kongsinya.

    Ibu kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu, dia bersimpati dengan keluarga itu kerana terpaksa membawa banyak barang dan anak kecil menggunakan motosikal.

    “Saya tawarkan untuk hantar mereka balik naik kereta, tapi dia segan. Saya tawarkan hantar barang naik Grab pun tetap mereka menolak.

    “Mana mungkin beg besar penuh dengan barang dibawa naik motosikal. Tapi dia tetap dengan pendiriannya kata sudah biasa.

    “Saya pujuk sebab risau dia bawa anak-anak kecil dengan semua barang saya beri tapi tetap tak berjaya. Sampai ada adegan tarik barang pun tapi dia tetap cakap tak nak menyusahkan,” katanya.

    Disebabkan pelbagai bantuan ditolak dengan baik, Anzalna menangis kerana kecewa tidak dapat memberi pertolongan sepenuhnya.

    Pun begitu, dia bersyukur keluarga berkenaan selamat tiba di rumah mereka.

    “Menangis saya masuk rumah sebab kecewa tak dapat nak tolong. Jangan salahkan saya.

    “Saya sudah cuba bantu mereka. Apa pun Alhamdulillah mereka selamat sampai,” luahnya.- Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda