Wednesday, December 18, 2024
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anzalna perlahan kerjaya seni

    Mahu memberi tumpuan terhadap pembesaran anak, pelakon Anzalna membuat keputusan memperlahankan kerjaya seninya buat sementara waktu.

    Pemilik nama penuh Nur Anzalna Mohd Nasir, 34, berkata, dia merancang untuk kembali ke set penggambaran selepas anaknya Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun memahami tentang kerjaya sebagai pelakon.

    “Saya mahu habiskan masa berharga dengan anak. Dia sekarang ini memang rapat dengan saya dan suami.

    “Tawaran berlakon masih banyak datang, namun saya terpaksa tolak dan memperlahankan dahulu kerjaya seni.

    “Biarlah anak saya faham kerja ibunya sebagai seorang pelakon. Bila dah bersedia nanti saya akan kembali ke set,” jelasnya kepada wartawan.

    Anzalna ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaru Loveta X Anzalna di The Ruma Hotel and Residences, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Sementara itu, bercakap tentang pe-rancangan untuk menambah cahaya mata, pelakon drama Memori Cinta Suraya ini, dia meminta peminat dan orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

    “Itu soal peribadi saya. Doakan sahaja yang terbaik,” jawabnya.

    Anzalna berkahwin dengan ahli perniagaan Mohamad Hanif Zaki, 34, pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 2. – Agensi

    Anzalna mendedahkan dia ingin memperlahankan kerjaya seninya buat sementara waktu demi menumpukan menjaga anak.- Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda