Sunday, November 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apa makna sarung kulit cicak dalam rumah?

    Oleh Hajah Azizah HB –

    Kadang-kadang hidup ini aneh.

    Seperti yang pernah kuceritakan dahulu, sudah bertahun-tahun aku diganggu makhluk halus. Hingga kini pun aku masih terus diganggu. Aku sendiri tidak tahu apa hajatnya yang sebenar.

    Kalau difikirkan nyaris aku sakit jiwa “berubat” sana sini, tangkal azimat jangan cakap aneka rupa dan warna ada hitam, putih dan berbungkus kain kuning. Kata bomoh itu azimat berbungkus kuning itu kegemaran orang kebenaran, iya tah sakit jiwaku yang mana benar.

    Ataupun pada pendapatku bomoh tu bukannya ikhlas kan menolong, melainkan pikaras atu yang dimaunya.

    Setiap bomoh atu kan cakap baik-baik, selalu dia berjanji yang kononnya aku tidak akan diganggu lagi. Tapi dari apa yang ku alami, makhluk halus tersebut masih lagi inda lari.

    Foto Canva

    Malah kadang-kadang aku terasa seperti ada orang yang mengintai aku, setiap gerak geriku diperhatikan seseorang.

    Bayangkan sajalah pada bulan lepas kami baru berpindah ke rumah baru bila aku sibuk mengemas barang-barang turun naik tangga.Tiba-tiba aku terasa seperti diperhatikan orang, bila ku toleh dibelakangku dekat tangga aku melihat dengan jelasnya seorang lelaki seperti manusia tapi bersaiz besar, kepalanya saja macam tiga biji kepala manusia.

    Aku nampak makhluk itu merenung ke arahku, hairannya aku tidak sedikit pun berasa kembang bulu atau takut.

    Pernah lagi di tengah malam, hujan turun dengan lebatnya, tiba-tiba aku tersedar dari tidur bila terasa angin sejuk menerpa ke seluruh badanku, bila kubuka mata, alangkah terkejutnya aku bila kulihat, jendela terbuka luas, siapa yang punya kerja.

    Sebelumnya ku kunci rapat-rapat seperti selalu. Sampaikan seekor katak hijau masuk ke dalam bilikku. Dari mana ia masuk, dekat bilikku mana ada pokok.

    Lepas satu lagi ku alami, satu lagi peristiwa pagi hari Sabtu, waktu aku tengah sibuk membuat sarapan pagi tiba-tiba kulihat ada sesuatu, mulanya ku sangka tisu, bila kuamati rupanya sarung kulit cicak, masya.Allah baru ku pernah melihat dan menyentuh lembut dan ada urat-urat sama cicak.

    Bila ku bagitau dan perlihatkan pada ibu dan nenekku, katanya benda tersebut membawa tuah kerana dia walaupun sudah tua, tapi tak pernah melihat sarung cicak.

    Sejak hari itu, aku sering diberi lagi dan lagi. Sekarang aku ada berbagai-bagai sarung cicak ada S, M dan L (ertinya berbagai saiz) oleh sebab banyak, aku pun memberi ibuku satu, selebihnya bila aku terjumpa lagi ku sapu dan ku buang, maaf bukan sombong terlalu banyak buat apa.

    Lagipun aku takut khurafat.

    Kata ibuku sarung cicak yang ku bagi tempoh hari hilang entah mungkin salah taruh. Lagi satu, ada seekor cicak suka melepak di bawah peti sejuk.

    Dan ganjilnya kelakuannya, ada beberapa kali sudah ia membuka mulutnya di depanku, kulihat ada benda macam kristal didalam mulutnya. Aneh ulahnya, ku fikir bukan cicak benar barangkali. Mungkinkah cicak makhluk halus. Entahlah…..

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda