Friday, February 28, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apa saja V BTS pakai pasti jadi ikutan

    Rantai loket yang dipakai anggota kumpulan BTS iaitu Kim Tae Hyung atau V menjadi buruan peminat sehingga habis terjual hanya dalam tempoh 10 minit.

    Allkpop melaporkan pereka fesyen Harris Reed membuat beberapa hantaran di Instagram berkongsi foto penyanyi itu berkunjung ke butiknya selepas mengetahui V memakai loket yang dijualnya.

    Susulan itu, peminat mula menyerbu laman web butik berkenaan untuk membeli loket hijau yang diberi nama In Good Hands itu.

    “Semua habis dijual kurang daripada 10 minit dan hanya beberapa warna lain yang tinggal,” tulis Harris di Instagram.

    Menyedari loket berkenaan menjadi kegilaan, Harris berkata, dia menambah stok dan ia sekali lagi licin dibeli peminat dari seluruh dunia.

    Perkara itu membuatkan Harris menyedari pengaruh besar bintang kpop terkenal dunia itu.

    Dua minggu lalu, V dilihat memakai loket berkenaan ketika berada di lapangan terbang untuk ke Madrid, Sepanyol. – Agensi

    Rantai loket dipakai V BTS habis dijual. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda