Monday, February 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apak terkejut Yabang umum keluar Khalifah

    Keputusan vokalis Khalifah iaitu Yabang untuk tidak lagi bersama kumpulan itu mengejutkan ramai peminat.

    Malah salah seorang anggota Khalifah iaitu Harry atau lebih dikenali Apak memberitahu tiada perbincangan awal dibuat sebelum rakannya itu mengumumkan pengunduran diri.

    Meskipun akur dengan keputusan tersebut, Apak, 45, turut meluahkan rasa sedih dan terkilan atas keputusan secara tiba-tiba yang dibuat oleh Yabang.

    “Dia (Yabang) tidak berbincang dengan kami. Saya dapat tahu pun apabila dia membuat pengumuman di laman sosial. Apabila dihubungi katanya dia ikhlas untuk keluar dan minta saya terus menjaga kumpulan ini.

    “Sukar untuk saya terima keputusan ini. Rasa sedih dan terkilan semuanya ada. Saya anggapnya seperti abang dan dia meninggalkan kami adik-beradik yang lain. Dia juga pernah cakap kepada saya untuk perjuangkan Khalifah hingga ke akhir karya. Mungkin inilah pengakhirannya.

    Apak (kiri) akur dengan keputusan Yabang. – mStar

    “Apa pun saya kena akur dengan keputusan ini. Dia ada sebab sendiri untuk tinggalkan Khalifah. Mungkin juga dia merasakan sudah tiba masanya meninggalkan dunia seni,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Sebelum itu, Yabang berkongsi satu hantaran mengenai pengundurannya daripada kumpulan Khalifah selepas 19 tahun ia ditubuhkan.

    Menerusi ruangan kapsyen, Yabang juga memberitahu dia kini mahu dikenali sebagai Yabang D’Rimba Jingga.

    Ditanya wujud sebarang masalah antara mereka, Apak sendiri tidak pasti apa yang terbuku dalam hati Yabang.

    Malah kali terakhir mereka membuat persembahan pentas bersama pada 31 Januari lalu, Yabang tidak menunjukkan sebarang tanda wujud perselisihan antara mereka. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda