Sunday, January 5, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    APEC kembali ke Korea Selatan

    KUALA LUMPUR, 2 JAN – Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.

    Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2025 Yoon Seongmee berkata, selepas mempertimbangkan deklarasi pemimpin di Lima, Peru pada November tahun lepas, negara berkenaan akan mengetengahkan perbincangan itu ke Korea Selatan.

    Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC kali terakhir diadakan di Busan pada 2005, yang menyaksikan antara hasil utamanya adalah Pelan Hala Tuju Busan untuk meningkatkan keutamaan ekonomi anggota dalam menggalakkan perdagangan bebas.

    “Seperti yang dapat anda lihat, dua dekad lepas, APEC tertumpu terutamanya kepada perdagangan, liberalisasi pelaburan dan integrasi serantau. Kami masih meneruskan matlamat ini, tetapi agenda APEC telah berkembang.

    “Cabaran baharu seperti perubahan iklim dan pembangunan teknologi, memerlukan tindak balas kolektif daripada ekonomi APEC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Yoon berkata, sehubungan itu Visi Putrajaya 2040 telah memperluas fokus APEC di luar daripada perdagangan dan pelaburan tradisional untuk merangkumi inovasi, pendigitalan dan kemampanan, termasuk pertumbuhan inklusif sebagai pemacu utama pengembangan ekonomi.

    Sehubungan itu, negara tuan rumah telah memilih tema dan keutamaan APEC 2025 kepada Building a Sustainable Tomorrow: Connect, Innovate, Prosper (Membina Masa Depan Mampan: Berhubung, Berinovasi, Maju).

    “Tema ‘Membina Masa Depan Mampan’ ini mencerminkan aspirasi dalam merealisasikan rantau Asia Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan tenteram seperti yang digariskan dalam Visi Putrajaya.

    “Kita mengakui bahawa masa depan sedemikian perlu ‘mampan’. (Oleh itu) Korea Selatan akan berusaha untuk merealisasikan visi ini dengan meneruskan tiga keutamaan dasar penting, iaitu ‘Connect, Innovate, Prosper,’” kata Yoon. – Bernama

    Para pemimpin dan wakil negara-negara anggota APEC bergambar ramai di Lima, Peru, pada 16 November 2024. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda