Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    APEC pacu agenda ke arah pertumbuhan berkualiti

    KUALA LUMPUR, 1 SEPT – Negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang berusaha untuk mencapai pertumbuhan mampan dan terangkum kini melakukan gerakan pembaharuan struktur lanjutan untuk menyokong pembangunan semula ekonomi pasca-pandemik.

    Langkah itu memberi tumpuan kepada produktiviti, inovasi dan pemudahan bagi menjalankan perniagaan. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi APEC, Dr James Ding berkata ekoran pandemik COVID-19 berlarutan lebih lama berbanding jangkaan selain mengancam aktiviti ekonomi, ekonomi APEC memerlukan usaha bersama yang lebih kukuh serta strategi lebih bertumpuan. Beliau berkata ia bertujuan mencapai pembaharuan struktur untuk menangani cabaran ekonomi yang menjadi semakin kritikal pada masa ini.

    “Pembaharuan struktur boleh menyediakan cara berkesan bagi meningkatkan kecekapan dan kemudahan dalam menjalankan perniagaan yang penting untuk pemulihan dan memanfaatkan potensi pertumbuhan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Ekonomi APEC hari ini. Beliau berkata agenda pembaharuan struktur baharu dan Agenda APEC Dipertingkatkan bagi Pembaharuan Struktur (EAASR) adalah asas untuk pemulihan ekonomi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda