Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    APEC perlu bangkit melangkaui perbezaan dan cabaran

    BANGKOK, 17 NOV – Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu bangkit melangkaui perbezaan untuk memberi harapan di tengah-tengah peningkatan inflasi, harga makanan, tenaga, ketidaksamaan dan perubahan iklim. 

    Menteri-menteri serta wakil-wakil di 21 ekonomi anggota APEC itu menjajarkan idea mereka untuk memajukan integrasi, perdagangan serta pelaburan di Asia Pasifik dalam usaha mencapai pemulihan yang mampan dan inklusif dalam dunia yang sangat tidak menentu pada Mesyuarat Menteri-menteri APEC (AMM) ke-33 di Bangkok. 

    Menteri dan wakil-wakil ini juga memberi tumpuan kepada langkah bagi menghubungkan semula rantau ini, membangunkan laluan selamat serta membina daya tahan, terutamanya selepas pandemik COVID-19 yang telah memaksa banyak ekonomi mengenakan dasar ketat pergerakan dan perjalanan rentas sempadan.

    Di bawah tema ‘Terbuka. Sambung. Seimbang.’ mereka bertukar-tukar pandangan mengenai model ekonomi bio-keliling-hijau (BCG) selain bagaimana ia boleh membantu anggota APEC mencapai pemulihan yang mampan, inklusif dan pertumbuhan bersifat jangka panjang. Ekonomi BCG ini mengintegrasikan bio-ekonomi, ekonomi pekeliling yang menggalakkan penggunaan semula serta ekonomi yang mesra alam.

    Mengambil pengajaran sejak dua tahun lepas, menteri dan wakil-wakil membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan penyelarasan antara dasar kesihatan mereka dalam memastikan perjalanan di rantau ini akan kekal terbuka serta selamat dalam menghadapi pandemik dan kejutan masa hadapan. – Bernama

    Datuk Cheong Loon Lai menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri APEC (AMM) ke-33 di Bangkok, kelmarin. – Bermama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda