BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah dianugerahkan oleh Airline Passenger Experience Association (APEX) – penarafan Lima Bintang untuk kategori Syarikat Penerbangan Utama.
Anugerah itu disampaikan kepada pembawa bendera negara, kelmarin, pada majlis anugerah yang diadakan di Long Beach, California, Amerika Syarikat.
Menerima anugerah bagi pihak RB ialah Pemangku Ketua Pegawai Operasi RB, Haji Badarudin bin Haji Bagol.
Anugerah Syarikat Penerbangan Lima Bintang APEX dan Anugerah Syarikat Penerbangan Empat Bintang adalah berdasarkan maklum balas dan pandangan penumpang neutral pihak ketiga yang dikumpul melalui perkongsian APEX dengan TripIt® daripada Concur®, aplikasi penganjur perjalanan yang dinilai tertinggi di dunia.
Untuk Anugerah 2024, hampir satu juta penerbangan dinilai oleh penumpang merentas lebih 600 syarikat penerbangan dari seluruh dunia menggunakan skala lima bintang.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

