Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apex Legends, perjuangan untuk terus hidup

    Oleh Zulkamal Haji Kamis

    PERMAINAN video Apex Legends merupakan sejenis permainan pertempuran bebas yang dicipta oleh Respawn Entertainment dan diterbitkan oleh Electronic Arts.

    Permainan tempur ini berlatarbelakangkan alam fiksyen yang dinamakan sebagai Titanfall, dikeluarkan dalam bentuk Microsoft Windows, Playstation 4 dan Xbox One pada 4 Februari 2019 yang lalu. Tidak lama selepas ia dilancarkan, permainan ini telah dimuat naik oleh 10 juta pengguna.

    Corak permainan

    Permainan video Apex Legends menggunakan konsep pertempuran di mana berlaku selepas 30 tahun peristiwa kejatuhan Titanfall 2. Permainan Apex Legends ini berbeza dengan permainan video yang lain di mana permainan ini memasukkan wira legenda, pahlawan dilengkapi dengan kebolehan yang unik dan bersatu di bawah satu skuad hebat.

    Pemain dikumpulkan ke dalam beberapa skuad di mana kebanyakan wira yang dipilih mempunyai kuasa dan kelebihan yang tersendiri. Setiap perlawanan mengandungi sekitar 20 pasukan untuk bersaing. Kesemua pasukan bermula dengan tidak ada peralatan dan diterbangkan ke sebuah kawasan rawak.

    Pemain dikumpulkan kepada beberapa skuad di mana kebanyakan wira yang dipilih mempunyai kuasa dan kelebihan yang tersendiri.

    Permainan Apex Legends ini berbeza dengan permainan video yang lain di mana permainan ini memasukkan wira legenda, pahlawan dilengkapi dengan kebolehan yang unik dan bersatu di bawah satu skuad hebat.
    Apex Legends dikeluarkan dalam bentuk Microsoft Windows, Playstation 4 dan Xbox One pada 4 Februari lalu.

    Pasukan yang terjun ke kawasan bangunan yang banyak akan berpeluang menemui sumber senjata yang banyak namun berisiko. Setiap pasukan akan berjuang sehingga menjadi pasukan yang terakhir dan berada di zon selamat di mana peta perlawanan akan menjadi kecil menyebabkan kesemua pasukan yang masih berjuang akan berada di zon yang mencabar.

    Apex Legends ini turut menggunakan komunikasi suara bagi membolehkan setiap pemain berkomunikasi dan bekerjasama untuk mencari peralatan serta menentang musuh dan banyak lagi.

    Apex Legends menggunakan konsep ‘free-play’ dan disokong melalui microtransactions, memberikan pemain peluang untuk merubah atau menyesuaikan watak wira yang mereka pilih. Barangan baharu akan mudah diperolehi sebaik sahaja wira berada di peringkat seterusnya. Selain memperolehi kelengkapan baharu, pemain juga akan meningkatkan ‘Legend Tokens’ di mana berfungsi untuk ‘unlock’ beberapa watak wira atau untuk membeli beberapa jenis barangan tertentu.

    Apabila pemain berjaya menyelesaikan cabaran dalam permainan, pemain akan ditawarkan pas pertempuran untuk perlawanan seterusnya sekali gus untuk memperolehi ganjaran yang hebat berupa barang-barangan bermusim dan lebih terkini.

    Pengembangan permainan

    Respawn Entertainment sebelum ini telah mencipta Titanfall pada tahun 2014 dan sekuelnya, Titanfall 2 yang diterbitkan pada tahun 2016. Kedua-dua siri permainan ini mendapat pujian secara kritikal dan mempunyai pengikut yang hebat, tetapi belum cukup kuat untuk mencapai metrik jualan yang hebat dan ketara.

    Walaupun Respawn telah memulakan proses penciptaan Titanfall 3, mereka terus mengenal pasti komuniti dan corak permainan video pada tahun 2017, apatah lagi setelah mereka mengetahui permainan hebat Playerunknown Battlegrounds bermula dan terkenal dalam komuniti penggemar permainan video.

    Respawn terus menguji konsep Titanfall dalam beberapa format permainan dan masih mengekalkan konsep pertempuran malah apa yang menarik, syarikat tersebut terus memfokuskan untuk mempelbagaikan watak-watak wira mereka dan disesuaikan dengan latar belakang Titanfall. Selain itu, Respawn ingin meneruskan corak permainan ini bagi memanfaatkan suasana permainan ketika ini melalui Titanfall 3.

    Selain itu, EA membuat beberapa langkah yang unik di mana mereka cuba membuat kelainan melalui Apex Legends. Pencipta permainan ini mahu setiap pemain mempunyai pilihan dalam membentuk pandangan mereka sendiri dan bukannya dalam pembentukan yang sedia ada di dalam permainan ini di mana dengan cara ini, ia akan dapat menggalakkan pemain untuk terus mencuba permainan ini daripada bergantung kepada pemasaran dan kandungan promosi.

    Apex Legends diilhamkan oleh beberapa penembak yang hebat dalam beberapa dekad yang lalu. Bungie’s Halo dan Destiny berperanan untuk menggabungkan sistem tempur yang menarik dengan naratif yang telah berjaya dikembangkan.

    Tony Clancy’s Rainbow Six Siege pula beranggapan bahawa Apex Legends mempunyai kelas yang tersendiri dan menukar suasana permainan dengan dinamik namun masih mengekalkan kesederhanaan.

    Permainan ini dikembangkan selepas permainan Titanfall malah Sistem Smart Comm telah melakukan eksperimen terhadap permainan ini selama sebulan dan menggunakan pelbagai watak secara rawak bagi mencuba bagaimana pemain boleh berinteraksi dan sama-sama beraksi dalam satu kumpulan.

    Sebelum permainan ini dilancarkan, McCoy, individu yang bertanggungjawab terhadap pengembangan permainan ini merancang untuk melaksanakan corak permainan ‘cross-platform’ dalam Apex Legends di masa yang akan datang. Walaupun ia telah dirancang, ‘cross-platform’ agak mustahil untuk dilaksanakan berikutan kelengkapan yang terbatas. McCoy juga berkata bahawa Apex Legends berkemungkinan akan dimasukkan ke dalam sistem IOS, Android dan Nintendo Switch, walaupun ketika ini usaha itu belum dirancang lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda