Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aplikasi Islamic Mind ceriakan pelajar

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 7 Ogos – Dengan hasrat untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran mengenai pendidikan menggunakan aplikasi teknologi maklumat, Islamic Mind, kepada pelajar-pelajar di seluruh negara, Syarikat MindPlus Education Sdn Bhd meneruskan lagi jerayawaranya dan kali ini ke Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara (PSN) Pengiran Mohd Yusof, Lorong Tiga, di sini.

    Jerayawara tersebut telah dihadiri oleh seramai lebih 200 orang di kalangan pelajar daripada Pra Sekolah ke Tahun 4 sekolah tersebut, dengan bertujuan untuk memperlihatkan berbagai manfaat dan kemudahan penggunaan Islamic Mind pada diri setiap pelajar.

    Pengurus pembangunan perniagaan syarikat tersebut Dayang Nurhanirah bin Haji Azmi menyatakan bahawa jerayawara tersebut bertujuan untuk memperkenalkan pembelajaran baharu menggunakan aplikasi berkenaan, di mana para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka mengenai pengetahuan agama Islam secara umum.

    Menurutnya melalui aplikasi tersebut, para pelajar dapat belajar sambil menonton pelbagai video animasi selain menguji pengetahuan dengan kuiz-kuiz yang disediakan, semuanya terdapat dalam aplikasi yang disediakan.

    Para pelajar turut menyaksikan pameran yang disediakan semasa jerayawara tersebut.

    Beliau turut memberitahu sumber-sumber yang digunakan diperoleh dari Jabatan Pengajian Islam dan telah diluluskan oleh Pusat Dakwah Islamiah, bagi memberikan jaminan kepada para pelajar, ibu bapa dan guru bahawa bahan-bahannya adalah yang dibenarkan.

    Aplikasi tersebut turut disokong oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan telah mula dilancarkan pada bulan Julai tahun lepas, “kandungannya meliputi pelbagai pilihan pengetahuan Islam, yang sesuai untuk para pelajar dari semua peringkat umur selain boleh membantu menyegarkan ingatan mengenai pengetahuan Islam,” tambahnya. Semasa jerayawara tersebut, perwakilan dari syarikat tersebut turut menunjukkan pelbagai fungsi dan kaedah yang disediakan dalam aplikasi berkenaan dengan menggabungkan pengajaran pedagogi yang terbaik dengan media interaktif yang inovatif.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda