Aplikasi jejak kontak COVID-19 popular di Australia

SYDNEY, 27 APRIL – Hampir 2 juta rakyat Australia memuat turun aplikasi telefon pintar baharu yang direka untuk mengesan kontak koronavirus lebih mudah, kata kerajaan hari ini, tidak mengendahkan kebimbangan privasi, dengan harapan ia dapat membantu mempercepatkan penamatan perintah berkurung yang menjejaskan sosial.

Negara dengan populasi 25 juta orang itu hanya mengesan lebih 6,700 kes koronavirus, dengan kadar kes baharu menurun kepada 10-20 orang sehari di sebalik ujian meluas dijalankan.

Seperti kerajaan di seluruh dunia, pihak berkuasa Australia didesak untuk melonggarkan sekatan ke atas perjalanan dan perkumpulan awam dilaksanakan bagi membendung penularan virus, namun dalam masa yang sama memusnahkan ekonomi.

Perdana Menteri Scott Morisson mengatakan banyak larangan termasuklah larangan perjalanan ke Australia oleh bukan penduduk negara itu, akan berlarutan sehinggalah September.

Namun beliau menjelaskan, sebahagiannya akan dilonggarkan tidak lama lagi jika pihak berkuasa meluaskan ujian virus dan memperbaiki langkah pengesanan bagi memastikan mereka dapat mengekang penularan secepat mungkin. – AFP

Ilustrasi foto menunjukkan aplikasi baharu COVIDSafe yang dilancarkan kerajaan Australia dimuat turun dalam telefon pintar iPhone, 27 April. – AFP