TOKYO, 29 JUN – Kucing dianggap bertuah di Jepun dengan pemiliknya sanggup berbelanja besar demi penjagaan haiwan berkenaan. Tetapi bagaimana awda tahu apabila kucing awda rasa tidak gembira?
Sebuah firma teknologi dan universiti di Tokyo telah bekerjasama untuk menghasilkan satu aplikasi yang dilatih meneliti beribu-ribu gambar kucing yang boleh memberitahu kucing awda sedang kesakitan.
Sejak dikeluarkan bulan lepas, ‘Pengesan Sakit Kucing’ telah mengumpulkan 43,000 pengguna, kebanyakannya di Jepun tetapi juga di Eropah dan Amerika Selatan, kata Go Sakioka, ketua pemaju Carelogy.
Aplikasi itu adalah sebahagian daripada rangkaian teknologi yang semakin meningkat untuk pemilik haiwan peliharaan yang prihatin terhadap kesejahteraan si bulus mereka, termasuk pengesan perasaan dan kesakitan yang serupa direka di Kanada dan Israel. – AFP

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.