Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Aplikasi mudah alih bantu petani bandar

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Orang ramai khususnya golongan muda dan mereka yang berminat untuk menjadi petani bandar (urban), boleh mendapatkan maklumat dengan mudah melalui aplikasi pendidikan tanaman mudah alih SPROUT (iQ) yang dihasilkan dan dilancar oleh sebuah syarikat teknologi tempatan baru, AGROME IQ.

Pengasasnya, Vanessa Teo berkata SPROUT (iQ) merupakan perkhidmatan tambahan terus pasaran pengguna bagi platform AGROME IQ, di mana ia memberikan peluang kepada mereka yang berminat dalam tanaman untuk mendapatkan maklumat terkini dan berguna untuk meneroka bidang pertanian secara mapan.

Ia juga memberikan tumpuan ke arah memodenkan kaedah pembelajaran dengan menggabungkan platform dan bengkel tanaman secara dalam talian untuk membolehkan para pengguna mendapatkan maklumat panduan pengurusan ladang setiap hari.

AGROME IQ juga membolehkan peserta berkongsi perkembangan ladang mereka dalam komuniti secara dalam talian, jelasnya lagi dalam Majlis Pelancaran SPROUT (iQ) yang berlangsung di Dewan Ibu Pejabat Progresif Cellular Sdn Bhd, Gadong, kelmarin.

Majlis pelancaran itu dihadiri oleh para jemputan khas termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB), Soon Loo dan Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Paul Taylor.

Vanesaa (depan, tiga kiri), Paul Taylor (depan, dua kiri), Soon Loo (depan, tiga kanan) dan Dayu Dara Permata (tengah depan) bergambar ramai selepas pelancaran SPROUT (iQ), kelmarin.
Vanesaa (depan, tiga kiri), Paul Taylor (depan, dua kiri), Soon Loo (depan, tiga kanan) dan Dayu Dara Permata (tengah depan) bergambar ramai selepas pelancaran SPROUT (iQ), kelmarin.
Pelancaran SPROUT (iQ) diharap dapat membantu menyediakan platform pendidikan bagi orang ramai untuk mengetahui kaedah dan cara untuk memulakan hidup sebagai petani bandar.
Pelancaran SPROUT (iQ) diharap dapat membantu menyediakan platform pendidikan bagi orang ramai untuk mengetahui kaedah dan cara untuk memulakan hidup sebagai petani bandar.

Vanessa berkata lagi, pelancaran SPROUT (iQ) di Brunei dihasratkan untuk mengetengahkan kerjasama dan sokongan daripada pihak kerajaan iaitu Darussalam Enterprise (DARe) dan sektor swasta yang amat penting dalam pembangunan perusahaan-perusahaan baru Negara.

Di samping itu, beliau turut menyatakan Progresif Cellular juga akan menyediakan pembiayaan atau tajaan untuk menjalankan platform SPROUT (iQ) di tiga buah sekolah terpilih di negara ini.

Jelasnya lagi, platform pendidikan mudah alih itu akan dilancarkan secara berperingkat di seluruh rantau ASEAN pada 2018 dan ia akan memberikan peluang kepada klien mereka untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikatnya.

Semasa pelancaran itu juga, Naib Presiden Go-Jek Indonesia, Dayu Dara Permata, turut memberikan kata-kata inspirasi dan berkongsi pengalamannya menyatakan sokongannya terhadap produk serta usaha yang dilaksanakan oleh Vanessa dan syarikatnya dalam melaksanakan AGROME IQ untuk membantu peladang-peladang di rantau ASEAN mendapatkan maklumat, sumber, ilmu pengetahuan serta keupayaan untuk mengurus ladang mereka dengan lebih baik.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -