GUO Bonan telah membuka beberapa cawangan baharu syarikatnya yang dikenali sebagai ‘8Peppers’ iaitu sebuah restoran beraspirasikan gaya masakan pedas Sichuan di seluruh Shanghai pada tahun lepas.
Namun apa yang menarik, tiada sebuah pun restorannya mempunyai ruang untuk pelanggannya duduk dan makan, kerana Guo tidak memerlukan ruangan tersebut kerana restoran miliknya itu telah menggunakan sistem penghantaran makanan dengan menggunakan motosikal.
Penghantar makanan akan menunggu hidangan masakan dari dapur Guo dan menghantarnya ke rumah, bangunan pejabat serta kilang di seluruh bandar itu yang mempunyai 24 juta penduduk.
Penghantaran makanan melalui aplikasi China itu telah dilancarkan sejak dua tahun yang lalu dan telah memperkenalkan beberapa fenomena dan trend baharu.
Keluarga dan pekerja pejabat berkerumun sambil memegang telefon bimbit mereka untuk membuat satu pesanan makanan manakala penghantar makanan menggunakan skuter mereka menelusuri dan memenuhi kawasan pejalan kaki, di kaki lima yang padat dengan penduduk sambil membawa bungkusan plastik yang dipenuhi dengan makanan.
Walaupun situasi ini turut mengundang perubahan yang besar khususnya kepada pemilik-pemilik restoran dan mengurangkan rutin harian penduduk untuk memasak di dapur mereka tetapi aplikasi ini telah memberikan impak yang baik untuk para peniaga sendiri untuk memasak makanan mereka di dapur sendiri dan menghantarnya kepada pembeli-pembeli yang lapar.
“Di sebuah bandar yang pesat membangun seperti Shanghai, masa adalah wang, oleh itu, orang ramai tidak mahu menghabiskan masa mereka dengan memasak untuk diri mereka sendiri,” kata Guo sambil menambah bahawa kebanyakan orang muda seperti dirinya tidak lagi mahu belajar bagaimana untuk memasak.
‘8Peppers’ memberikan tumpuan yang khusus terhadap makanan dan proses penghantaran melalui platform terkemuka seperti Ele.me dan Meituan, sekali gus menggelakkan perbelanjaan yang besar untuk membayar pelayan dan persekitaran ruang makan.
Perniagaan begitu baik malah ‘8Peppers’ kini mempunyai 10 cawangan dan Guo adalah rakan kongsi dalam satu-satunya projek dapur berasingan dengan lapan cawangan serta beratus-ratus lagi akan dirancang secara nasional.
Ghairah terhadap makanan, penduduk China telah menjadi penyedia e-dagang yang sentiasa bersemangat dan kombinasi yang hebat untuk permulaan proses penghantaran.
Dianggarkan lebih daripada 200 bilion yuan iaitu sekitar AS$32 bilion nilai makanan telah diraih pada tahun 2017 melalui proses aplikasi berkenaan dan anggaran bilangan itu bersamaan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Bolivia, malah bilangan itu dijangka akan meningkat kepada 20 peratus lagi pada tahun ini, kata perunding iiMedia Research.
Pengguna platform pesanan makanan ini meningkat tiga kali ganda dalam tempoh dua tahun kepada 343 juta pada tahun 2017, Pusat Maklumat Rangkaian Internet China berkata, peningkatan majoriti itu menggunakan aplikasi mudah alih.
Kemudahan dan kecekapan
Kos setiap penghantaran tidak menjejaskan pendapatan China yang semakin meningkat, kata Zhang Xuhoa, pengasas dan pengurus am LG Ele.me.
“Harga tidak begitu penting lagi, yang penting adalah kemudahan dan kecekapan kerana ia akan mendapat perhatian yang paling utama dalam kalangan penduduk Cina khususnya mereka yang dilahirkan pada tahun 90-an dan 2000-an,” kata Zhang lagi kepada media.
Ele.me kini beroperasi melalui sistem data pengguna yang akan dapat membantu pemilik restoran menentukan di mana untuk membuka jualan maksimum dan menguji dron penghantaran.
“Disebabkan oleh keadaan sebuah bandar yang besar dan berkembang, potensi China untuk berkembang sangat besar,” kata Zhang lagi.
Industri ini merupakan satu lagi persaingan proksi antara Alibaba e-dagang dan media sosial Tencent dalam perjuangan mereka untuk mendominasi teknologi dalam segala aspek kemudahan bermula daripada permainan kepada pembayaran mudah alih.
Alibaba adalah penyokong kepada Ele.me manakala Tencent banyak melabur kepada Meituan.
Platform penghantaran telah berjaya mengumpulkan berbilion dalam modal perusahaan dan dikatakan mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi melalui diskaun untuk merebut potensi pasaran, walaupun dengan kadar pertumbuhan yang dijangka perlahan.
“Namun impak industri ini akan semakin mendalam,” kata penganalisis.
“Aplikasi ini akan berjaya mengubah reka bentuk restoran, ruang dapur hanya akan digunakan untuk menjadi satu perempat daripada restoran, tetapi restoran kini menjadi sebuah pusat pemprosesan penghantaran makanan,” kata Wang Yuke dari perundingan hartanah RET.
Su Xiaosu bergelut selepas berpindah beberapa tahun lalu dari wilayah luar bandar Jiangsu ke Shanghai, di mana dia telah berkahwin.
Pada tahun 2016, dia telah menyertai platform itu dan selepas itu dia telah berjaya menempatkan dirinya dalam rangkaian penghantaran makanan dan kini sudah mempunyai enam cawangan di bandar berkenaan.
Su kini memperolehi sehingga 3,000 yuan iaitu sekitar AS$475 sehari, selepas menarik perhatian penduduk China dengan kepakarannya memasak hidangan daripada Jiangsu dan memasak hidangan itu di dapurnya sendiri yang kecil dan menyerahkannya kepada penghantar Ele.me.
Dia kini sudah mampu untuk membayar tutor asing untuk anak perempuannya serta mempunyai perancangan untuk membeli lagi sebuah apartmen.
Pertandingan makanan
Tidak semua akan berasa gembira.
Selain daripada sisa penghantaran yang dikenakan cukai oleh pihak berkuasa bandaran, puluhan ribu kemalangan telah dipersalahkan kepada penghantar pada tahun 2017 dan menyebabkan banyak kematian sekali gus menyebabkan pihak kerajaan terpaksa membina garis panduan keselamatan yang terbaharu.
“Pasaraya-pasaraya semakin tertekan, apabila penghantaran makanan telah mengurangkan permintaan barangan runcit,” kata Bruno Lannes, rakan kongsi dengan perunding Bain & Company kepada media. – AFP