Saturday, September 21, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    APM Sabah terima 40 aset kenderaan lancar operasi

    KOTA KINABALU, 19 DIS – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah menerima 40 aset kenderaan yang diagihkan kepada APM daerah di seluruh negeri bagi melancarkan operasi agensi itu dan meningkatkan kesiapsagaan agensi itu menghadapi situasi memerlukan di negeri ini.

    Pengarah Bahagian Pengurusan APM, Dr Mohammad Fazil menyerahkan kunci untuk kenderaan tersebut kepada Timbalan Pengarah APM Sabah Lt Kol (PA)m Nasrullah Mohd Nazdzir di majlis di Rumah Persekutuan, di sini hari ini.

    APM Sabah, dalam kenyataan, memaklumkan aset yang diserahkan itu terdiri 32 unit motosikal, lima unit kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70, lima unit SUV Perodua Ativa, dan sebuah bas coaster.

    “Dengan penerimaan aset ini akan dapat membantu APM Sabah untuk memberikan perkhidmatan dan kesedaran awam kepada penduduk dengan lebih efisien.

    “Keberadaan aset ini juga adalah tepat dan bersesuaian dengan mengambil kira penambahan kerja dan peningkatan kes di daerah-daerah, juga sebagai kesiapsiagaan APM dalam menghadapi pelbagai situasi yang memerlukan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda