Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    APM Tawau tumpu operasi di 8 kampung sering banjir

    TAWAU, 29 JUN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau memberi tumpuan persediaan operasi bencana banjir kepada lapan kawasan kampung di sini yang sering dilanda banjir kilat, akibat hujan lebat dan berterusan.

    Lapan kampung itu ialah Kampung Batu 2 Tali Air, Jalan Apas; Kampung Wakuba (Apas Parit); Kampung Rawa-Rawa, Batu 4; Kampung Pasir Putih; Kampung Serudung, Batu 22; Jalan Bukit Quin, Batu 15; Kampung Kijang, Merotai serta Kampung Iban, Merotai.

    Pegawai APM Tawau, Kapten Hussain Mohd Nor berkata, keadaan cuaca pada masa sekarang tidak menentu dan hujan serta ribut petir berlaku pada waktu malam.

    “Kami sudah menerima arahan agar bersedia pada bila-bila masa sahaja sekiranya berlaku bencana banjir, malah semua cuti 22 anggota tetap dibekukan setakat ini.

    “Pihak APM sudah menyediakan beberapa logistik menyelamat termasuk lima bot, dua kenderaan pacuan empat roda, sebuah kenderaan penyelamat RQ, lori lima tan dan dua ambulans,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda