Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    APMM Labuan gagalkan cubaan seludup minuman beralkohol

    LABUAN, 6 OKT – Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggagalkan cubaan menyeludup 1,920 tin minuman beralkohol pelbagai jenama, awal pagi Jumaat lepas.

    Pengarah APMM Labuan Kapten Nudin Jusoh berkata pasukan agensi berkenaan yang menjalankan rondaan di peraian Labuan telah memintas sebuah bot dalam keadaan mencurigakan yang memaju laju dari Labuan ke Menumbok.

    “Ketika pegawai menghampiri bot berkenaan untuk pemeriksaan lanjut, pengusaha bot telah terjun ke laut dan melarikan diri ke dalam hutan bakau berhampiran.

    “Pemeriksaan mendapati, berlaku cubaan menyeludup pelbagai jenama minuman beralkohol berjumlah 1,920 tin dengan anggaran nilai keseluruhan RM40,000,” katanya kepada Bernama, pada Jumaat.

    Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup minuman beralkohol tanpa cukai melebihi had dibenarkan. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda