Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    APMM Labuan tahan enam nelayan tangkap ikan guna peralatan tidak dibenarkan

    LABUAN, 4 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan menahan enam nelayan termasuk seorang warganegara Filipina serta merampas bot pukat tunda mereka kerana menangkap ikan menggunakan peralatan tidak dibenarkan.

    Pengarahnya, Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata kesemua lelaki berusia antara 18 dan 47 tahun itu ditahan kira-kira 9:40 pagi di kedudukan 14.5 batu nautika barat laut Pulau Tanjung Nosong.

    “Hasil pemeriksaan menerusi Op Sejahtera, Op Khas Kuda Laut dan Op khas Naga Timur itu mendapati mereka melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya hari ini.

    Beliau berkata pemeriksaan lanjut turut menemukan sejumlah peralatan menangkap ikan lain yang tidak dibenarkan dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...