KOTA KINABALU, 3 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat buah bot disyaki digunakan untuk aktiviti pengeboman ikan berdekatan Teluk Karambunai, dekat sini, semalam. Pengarah APMM Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata bot berkenaan ditahan kira-kira 2:05 petang selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti bot terbabit