Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AppAsia, CMI jalin perkongsian perniagaan kandungan digital

    KUALA LUMPUR, 1 Jun – AppAsia Studio Sdn Bhd, unit milik penuh AppAsia Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan China Mobile International Limited (CMI) untuk menjalin perkongsian perniagaan kandungan digital bagi tempoh tiga tahun.

    AppAsia, dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, hari ini, berkata, peranan AppAsia Studio adalah untuk menyediakan kandungan kepada CMI serta menilai, membekal dan menguruskan kandungan bagi pengedaran pada platform syarikat sekutu CMI yang dipanggil Migu.

    “Model perniagaan antara kedua-dua pihak akan termasuk, bukan terhad, kepada perkongsian hasil, pembelian sekali atau model bercampur tertakluk kepada CMI dan keputusan komersial pemilik kandungan/harta intelektual oleh projek mengikut projek dan rantau, secara kes demi kes,” kata syarikat itu.

    Ia berkata bagi model perkongsian hasil, CMI akan bertindak sebagai pengedar kandungan dan gerbang pembayaran bagi pembayaran pengebilan pengguna akhir dan penyelesaian bagi AppAsia Studio.

    CMI akan menggunakan usaha terbaiknya untuk menyokong AppAsia Studio dalam pengedaran kandungan di China dan/atau pasaran luar biasa dan menjana hasil daripada platform dan/atau rakan kongsi pengedaran kandungan berkaitan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda