Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple ancam keluarkan Twitter daripada App Store

    WASHINGTON, 29 NOV – Apple mengancam untuk mengeluarkan Twitter daripada kedai aplikasinya (App Store) serta meminta pengubahsuaian tertentu pada platform media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk mengesahkan semalam, lapor Sputnik.

    “Ya”, Musk berkata apabila ditanya sama ada Apple mengancam kehadiran Twitter atau menuntut perubahan pada platform media sosial itu. “Apple juga mengancam untuk menyekat Twitter daripada App Storenya, namun sebabnya tidak dimaklumkan kepada kami.”

    Terdahulu pada Isnin, Musk menyiarkan tinjauan pendapat yang bertanya kepada pengguna Twitter sama ada Apple wajar menyiarkan semua tindakan penapisan yang dilakukannya yang telah menjejaskan pelanggannya.

    Tinjauan itu akan ditutup pada petang Selasa, dengan setakat ini sejumlah besar pengguna Twitter menyokong Apple kerana ia lebih telus mengenai sebarang tindakan penapisan yang mungkin telah diambilnya.

    Minggu lepas, Musk berkata beliau akan mencipta telefon pintar baharu jika rangkaian sosial itu dikeluarkan daripada Apple dan Google App Store.

    Musk melakukan tinjauan itu selepas firma bernama LBRY, yang mengendalikan perkongsian fail dan pembayaran untuk rangkaian sosial, menyiarkan kenyataan di Twitter yang mendakwa Apple menetapkan supaya aplikasinya menapis beberapa istilah carian daripada dipaparkan dan jika tidak, aplikasi Twitter tidak akan dibenarkan dalam Apple App Store.

    Ketiadaan eksekutif App Store utama Apple, Phil Schiller daripada Twitter mencetuskan spekulasi bahawa gergasi teknologi itu semakin bimbang tentang pengendalian platform media sosial oleh Musk, termasuk mengembalikan semula akaun yang disekat. – Bernama

    Aplikasi Twitter kelihatan di Apple App Store telefon iPhone 13 Pro di Washington pada 28 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda