Apple bakal perkenal produk baharu

SAN FRANCISCO, 13 SEPT – Apple dijangka memberikan tumpuan pada jam tangan pintarnya, iPad dan perkhidmatan langganan pada Selasa tatkala ia berusaha memulihkan pertumbuhan dengan barisan produk percutian yang mesti dimiliki.

iPhone 5G yang dianggap penting kepada kekayaan syarikat itu kemungkinan besar diperkenalkan dalam acara berasingan pada akhir tahun disebabkan gangguan dalam pengeluaran berpunca daripada pandemik, menurut penganalisis yang ditemu bual oleh AFP.

Saham Apple yang telah mencatat peningkatan telah merosot lebih tujuh peratus pada minggu ini.

Pengeluar iPhone yang berpangkalan di Silicon Valley pada Jumaat mempunyai nilai pasaran berjumlah AS$1.92 trilion berdasarkan harga saham, merosot daripada AS$2.3 trilion pada awal bulan ini.

Namun Apple masih merupakan syarikat paling mahal di Wall Street. Amazon menyusuli di tempat kedua dengan nilai pasaran AS$1.56 trilion dolar dan Microsoft di tempat ketiga dengan nilai berjumlah AS$1.54 trilion dolar.

Acara Apple mempunyai jemputan tersembunyi berbunyi ‘Masa Berlalu’. Syarikat masih mendiamkan diri mengenai rancangannya.

Ia dijangka menampilkan produk atau perkhidmatan selain iPhone yang dilancarkan untuk musim membeli belah pada akhir tahun.

Ia membuka potensi untuk pengemaskinian Apple Watch, iPad, komputer MacBook, perkhidmatan malah Apple TV, menurut penganalisis. – AFP