Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple bayar cukai AS$38 bilion

    SAN FRANCISCO, 18 Jan – Apple mengumumkan semalam akan membayar cukai berjumlah kira-kira AS$38 bilion, kemungkinan bayaran terbesar ke atas keuntungan yang dihantar balik dari luar negara tatkala ia merangsang pelaburan di Amerika Syarikat.

    Pengeluar iPhone itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia merancang menggunakan sebahagian daripada simpanan stok tunai asingnya, yang membenarkan kadar cukai dikurangkan di bawah rang undang-undang terbaru, dengan tujuan melabur dalam projek baru.

    Satu sumber yang rapat dengan syarikat mengesahkan bahawa Apple sedang berkongsi beberapa kekayaan dengan pekerja di seluruh dunia menerusi bonus saham terhad bernilai AS$2,500.

    “Kemenangan besar untuk pekerja Amerika dan AS!” kata Presiden Donald Trump di Twitter.

    Apple, yang mendakwa menjadi pembayar cukai terbesar di AS, juga merupakan salah satu benefisiari terbesar rang undang-undang percukaian yang diluluskan oleh Kongres pada Disember yang mengurangkan kadar keuntungan yang dihantar pulang kepada kira-kira 15 peratus dan memotong kadar cukai korporat kepada 21 peratus daripada 35 peratus.

    Gambar fail 19 Oktober 2017 menunjukkan bayangan bangunan dan bot penumpang di sebalik cermin logo Apple semasa acara di kedai baru Apple yang terletak di Michigan Avenue, Chicago. Semalam, Apple mengumumkan akan membayar cukai berjumlah kira-kira AS$38 bilion. – AP

    Syarikat teknologi itu telah membina simpanan stok berjumlah lebih daripada AS$250 bilion dalam pegangan luar negara, mendakwa pemegang saham tidak berminat untuk menghantar wang balik ke negara dengan kadar cukai sebanyak 35 peratus.

    Apple berkata sekarang ia akan menggunakan sebahagian besar daripada wang tunai luar negara untuk pelaburan AS.

    Ia berkata ia menjangka membelanja lebih daripada AS$30 bilion dalam perbelanjaan modal di AS dalam tempoh lima tahun akan datang, sekali gus mewujudkan kira-kira 20,000 pekerjaan baru dan mendakwa tindakan tersebut akan menyumbang AS$350 bilion dalam aktiviti ekonomi di negara sendiri.

    Apple adalah kisah kejayaan yang hanya mungkin berlaku di Amerika, dan kami berasa bangga kerana dapat membina sejarah lama sokongan kami untuk ekonomi AS,” kata ketua eksekutif Apple Tim Cook.

    Apple merancang untuk membelanja lebih daripada AS$10 bilion ke atas pusat data AS, yang memain peranan yang semakin penting tatkala pengeluar iPhone yang berpangkalan di California menumpukan pada pendapatan yang meningkat daripada perkhidmatan dan isi kandungan berdasarkan ‘awan’ internet.

    Syarikat itu juga berkata ia akan menubuhkan kampus Apple kedua, di satu lokasi yang akan didedahkan pada akhir tahun ini, yang akan menempatkan sokongan teknikal untuk pelanggan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda