NEW DELHI, 3 Feb – Apple akan mula mengeluarkan iPhone di India pada tahun ini, kata seorang pegawai kerajaan tempatan hari ini, tatkala firma itu menggunakan kelas pertengahan yang meningkat memandangkan jualan di China menjadi lembap.
Syarikat AS itu masih belum mengesahkan tindakan tersebut, tetapi ketua eksekutif Tim Cook berkata pada minggu ini syarikat berhasrat “melabur dengan banyak” di India, di mana satu pemulihan dalam ekonomi memberikan peluang besar untuk pertumbuhan.
“Kami mempunyai kata sepakat dengan Apple dan kami menjangka mereka memulakan pengeluaran di Karnataka pada akhir April,” beritahu Priyank Kharge, menteri teknologi maklumat dan bioteknologi di selatan negeri Karnataka, kepada AFP.
Beliau berkata operasi baru itu mungkin memasang iPhone untuk pasaran tempatan.
Apple hanya mempunyai dua peratus saham dalam pasaran India, jauh di belakang Samsung yang mempunyai 23 peratus, menurut firma penyelidikan Canalys.

Bagaimanapun, pada tahun lalu ia mempunyai 48 peratus dalam sektor premium di mana telefon dijual dengan harga AS$450 dan lebih.
Pakar berkata pengeluaran tempatan akan mengurangkan kos syarikat dan membolehkannya mengurangkan harga.
“Mereka tidak sabar-sabar untuk datang ke sini disebabkan mereka telah mengenalpasti India sebagai sebuah pasaran dengan tumpuan strategik,” kata Jaideep Mehta daripada firma penyelidikan IDC.
“Mereka mencatat tahun yang hebat pada 2016 di India dan menghantar lebih dua juta peranti ke India, dan sekarang mereka berhasrat memulakan pengeluaran di sini memandangkan ia memberikan mereka lebih kefleksibelan untuk bertindak balas terhadap perubaan pasaran.”
Apple pada masa sekarang menjual telefonnya di India menerusi peruncit pihak ketiga.
Ia tidak sabar-sabar untuk membuka kedainya sendiri tetapi undang-undang India memerlukannya memperoleh 30 peratus daripada komponen produknya di dalam negara.
Masih tidak jelas sama ada rancangan Karnataka akan membantunya melepasi halangan tersebut.
Laporan dalam media India berkata Wistron Corp, pengeluar elektronik Taiwan, dijangka memasang iPhone di sebuah kilang di pinggir bandarpusat teknologi Bangalore. – AFP