Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple didenda 1.8 bilion euro

    BRUSSELS, 4 MAC – Kesatuan Eropah (EU) hari ini mengenakan denda sebanyak 1.8 bilion euro (AS$1.9 bilion) ke atas Apple kerana melanggar undang-undang blok itu dengan menghalang perkhidmatan penstriman muzik daripada memaklumkan pengguna tentang pilihan langganan di luar App Storenya.

    Pembuat iPhone itu segera membuat merayu denda anti persaingan pertama yang dikenakan ke atas Apple oleh Brussels, iaitu kemuncak kes yang dicetuskan oleh aduan gergasi penstriman muzik Sweden, Spotify.

    Suruhanjaya Eropah berkata ia ‘mendapati Apple mengenakan sekatan ke atas pemba-ngun aplikasi yang menghalang mereka daripada memaklumkan pengguna iOS tentang perkhidmatan langganan muzik alternatif dan lebih murah yang tersedia di luar aplikasi.’

    “Ini adalah satu kesalahan di bawah peraturan anti persaingan EU,” kata pengawal selia antitrust EU yang berkuasa.

    “Tindakan Apple, yang berterusan selama hampir 10 tahun, mungkin menyebabkan ramai pengguna iOS membayar harga yang jauh lebih tinggi untuk langganan penstriman muzik kerana yuran komisyen tinggi yang dikenakan oleh Apple ke atas pembangun aplikasi dan diserahkan kepada pengguna,” tambahnya.

    Aduan Spotify pada 2019 membawa kepada penyiasatan komisyen yang luas ke atas pembuat iPhone pada 2021, tetapi Brussels memperincikan siasatannya tahun lepas untuk menumpukan pada tindakan Apple bagi menghalang aplikasi daripada memberikan maklumat kepada pengguna tentang pilihan langganan muzik saingan.

    “Selama 10 tahun, Apple menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam pasaran untuk pengedaran aplikasi penstriman muzik melalui App Store,” kata naib presiden suruhanjaya, Margrethe Vestager, dalam satu kenyataan.

    “Kami telah mengarahkan Apple untuk menghapuskan peruntukan yang diperlukan dan mengelak daripada amalan serupa pada masa hadapan,” kata Vestager kepada pemberita. – AFP

    Gambar fail menunjukkan logo Apple di sebuah kedai di pusat bandar Munich, Jerman pada 16 Disember 2020. Kesatuan Eropah mendenda Apple hampir AS$2 bilion kerana secara tidak adil memihak kepada perkhidmatan penstriman muziknya sendiri berbanding pesaingnya. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda