Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Apple enggan sentuh tentang AI

    SAN FRANCISCO, 9 JUN – Menongkah arus kehebohan, Apple mengejutkan kebanyakan ramalan minggu ini dan tidak menyebut kecerdasan buatan apabila ia memperkenalkan rangkai-an produk terbaharunya, termasuk peranti fon kepala realiti campuran Vision Pro.

    Generatif AI telah menjadi kata kunci terbesar dunia teknologi sejak OpenAI yang disokong Microsoft melancarkan ChatGPT lewat tahun lepas, mendedahkan keupayaan teknologi yang sedang berkembang itu.

    ChatGPT membuka mata dunia terhadap idea bahawa komputer boleh menghasilkan kandungan peringkat manusia yang kompleks menggunakan petunjuk mudah, memberikan bakat kepada orang awam seperti pakar teknologi, seniman atau penulis ucapan.

    Apple tetap merendah diri apabila Microsoft dan Google mengeluarkan pengumuman mengenai bagaimana AI generatif akan merevolusikan produknya, dari pencarian dalam talian hingga pemprosesan perkataan dan penyelenggaran gambar.

    Semasa musim pendapatan baru-baru ini, ketua pegawai eksekutif teknologi menyebut AI dalam setiap setiap ucapan mereka, namun Apple memilih untuk lebih berahsia dan tidak pernah menyebut mengenainya. – AFP

    Gambar fail mendiang Steve Jobs memegang sebuah Apple iPhone di Persidangan MacWorld di San Francisco, 9 Januari 2007. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...