WASHINGTON, 19 DIS – Amazon, Apple dan Google mengumumkan rancangan mereka untuk bekerjasama dalam membangunkan standard teknologi yang sama untuk produk rumah pintar, dalam langkah yang bertujuan untuk membolehkan lebih banyak peranti saling berhubungan antara satu sama lain.
Langkah ini juga bertujuan untuk mengumpulkan pelbagai piawaian bagi peranti yang beroperasi pada pembantu digital seperti Amazon Alexa, Google Assistants dan Apple’s Siri.
Projek itu bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna untuk menggunakan produk rumah pintar yang saling berhubungan antara satu sama lain,” menurut pernyataan oleh kumpulan kerja baharu.
“Kami percaya bahawa protokol ini berpotensi untuk digunakan secara meluas dalam sistem rumah seperti Google Assistants, Amazon Alexa, Apple’s Siri dan lain-lain.”
Projek baharu itu juga termasuk Zigbee Alliance, satu usaha awal untuk membangunkan standard tanpa wayar untuk peranti bersambung yang termasuk pengeluar seperti Samsung, peruncit seperti Ikea dan firma teknologi lain termasuk Semiconductors NXP.
“Kumpulan kerja industri akan mengambil pendekatan sumber terbuka untuk pembangunan dan pelaksanaan protokol kesalinghubungan yang baharu,” kata kenyataan itu.
“Projek ini berhasrat untuk menggunakan sumbangan daripada teknologi rumah pintar yang diuji dari Amazon, Apple, Google, Zigbee Alliance dan lain-lain.” – AFP
