Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Apple keluar amaran kelemahan sistem keselamatan iOS dan MacOs

    SAN FRANCISCO, 19 OGOS – Apple mengeluarkan amaran kelemahan keselamatan yang serius bagi pengguna iPhone, iPad dan Mac yang berpotensi menyebabkan penggodam mengawal sepenuhnya peranti tersebut.

    Apple telah mengeluarkan dua laporan keselamatan mengenai isu tersebut Rabu lalu, walaupun laporan tersebut tidak mendapat perhatian meluas daripada penerbitan teknologi.

    Ketua Pegawai Eksekutif Keselamatan SocialProof, Rachel Tobac berkata penjelasan Apple mengenai kelemahan keselamatan itu bermakna penggodam boleh mendapat akses penuh terhadap peranti itu.

    Apple menjelaskan tentang pencerobohan bahawa penggodam boleh mendapat “akses pentadbir penuh” kepada peranti itu. Ini akan membolehkan penceroboh menyamar sebagai pemilik peranti dan kemudiannya menjalankan sebarang perisian atas nama mereka, tambah Rachel Tobac.

    Pakar keselamatan telah menasihatkan pengguna untuk mengemas kini peranti yang terjejas terdiri daripada model iPhone6S dan terkemudian, beberapa model iPad, termasuk generasi ke-5 dan lebih baharu, semua model iPad Pro dan iPad Air 2 serta komputer Mac yang menggunakan MacOS Monterey. Kelemahan tersebut juga menjejaskan beberapa model iPod.

    Apple tidak menyatakan dalam laporan mereka bagaimana, di mana dan oleh siapa kelemahan itu dikesan. Dalam semua kejadian, ia dipetik oleh seorang penyelidik yang tanpa nama.

    Penyelidik keselamatan, Will Strafach berkata dia belum melihat analisis teknikal tentang kelemahan secara lebih mendalam yang baharu dikelurkan oleh Apple.

    Syarikat itu sebelum ini telah mengakui berhadapan kelemahan serius yang sama dan telah menyatakan bahawa ia menyedari laporan bahawa sistem keselamatan sedemikian telah disalah guna. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...