Wednesday, March 26, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple lancar dana tenaga bersih bernilai AS$99.3 juta di China

    ANKARA, 24 MAC – Syarikat teknologi Amerika, Apple, hari ini mengumumkan pelancaran dana pelaburan bernilai AS$99.3 juta bagi mempercepat pembangunan tenaga bersih di China, sejajar dengan matlamat syarikat untuk beralih kepada tenaga boleh diperbaharui sepenuhnya dalam rantaian bekalannya menjelang 2030, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Fasa kedua Dana Tenaga Bersih China, yang diuruskan oleh Schroders, dijangka menambah hampir 550,000 megawatt-jam kapasiti tenaga angin dan solar setiap tahun ke dalam grid tenaga China.

    “Ini adalah kesinambungan daripada kejayaan dana awal,” yang dilancarkan pada 2018 dan telah mewujudkan lebih 1 gigawatt (GW) projek tenaga boleh diperbaharui di 14 wilayah,” menurut kenyataan itu.

    “Pembekal kami di China sedang menerajui kemajuan bertaraf dunia dalam pembuatan pintar dan mesra alam,” kata Ketua Pegawai Operasi Apple, Jeff Williams.

    “Dengan pelancaran Dana Tenaga Bersih China fasa kedua, kami berbangga untuk memperkukuh kerjasama dengan pembekal di seluruh China bagi memacu inovasi, peluang dan kemajuan demi manfaat bersama planet kita.”

    Dana baharu itu bertujuan menyokong projek tenaga boleh diperbaharui pada peringkat awal pembangunan, sekali gus memperluas akses kepada tenaga bersih untuk syarikat pelbagai saiz.

    Ketika ini, kira-kira dua pertiga pengeluaran Apple di China menggunakan tenaga boleh diperbaharui, dengan sumbangan daripada lebih 100 pembekal. – Bernama

    Seorang wanita melintasi logo kedai Apple di Beijing pada 13 Februari 2025.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda