Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple lancar iPhone AI terbaharu

    SAN FRANCISCO, 9 SEPT – Apple dijangka mengeluarkan iPhone terbaharu hari ini yang akan menampilkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) generatif ketika firma gergasi teknologi itu berusaha meningkatkan jualan peranti ikoniknya.

    Syarikat yang diasaskan oleh Steve Jobs itu telah merancang untuk memberikan sedikit pendedahan semasa acara pelancarannnya bertemakan Glowtime, di ibu pejabatnya di bandar Cupertino di Silicon Valley.

    Sudah menjadi kelaziman Apple biasanya mengemas kini iPhonenya pada masa ini.

    Apple telah banyak menggunakan iPhone 16 dan berharap pelanggan akan tertarik untuk membeli model terbaharu yang berkuasakan AI terbaharu.

    Dengan jualan AS$39 bilion pada suku lepas, iPhone menyumbang kepada kira-kira 60 peratus daripada hasil pendapatan Apple, dan kekal sebagai kemasukan utama kepada perkhidmatan syarikat, seperti App Store atau Apple TV, yang semakin berkembang menjadi sebahagian daripada perniagaannya.

    Apple baru sahaja pulih daripada kemerosotan jualan yang berpanjangan disebabkan pengguna menggunakan model terdahulu untuk masa yang lama.

    “IPhone 16 akan menjadi salah satu tawaran iPhone yang paling penting, bukan kerana bentuk luarannya akan tetapi sistem yang terdapat di dalamnya iaitu, Apple Intelligence,” kata penganalisis utama Forrester, Dipanjan Chatterjee.

    Apple Intelligence merupakan program perisian baharu untuk semua peranti yang diumumkan Jun lalu pada persidangan pemaju tahunan syarikat, di mana ia turut mengumumkan perkongsian dengan OpenAI, pembuat ChatGPT.

    Dalam jangka pendek, ia merangkumi penyuntingan imej yang dijana AI, terjemahan dan sentuhan kreatif dalam pemesejan serta pembantu digital Siri yang dinaik taraf. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda