Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple lapor keuntungan suku tahun AS$23 bilion

    SAN FRANCISCO, 1 OGOS – Apple kelmarin melaporkan keuntungan suku tahunan sebanyak AS$23.4 bilion, melebihi jangkaan walaupun timbul kebimbangan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas rantaian bekalannya.

    Pendapatan bagi suku yang lazimnya perlahan dan berakhir pada bulan Jun itu mencecah AS$94 bilion, menurut syarikat pengeluar iPhone.

    “Apple berbangga untuk melaporkan rekod pendapatan bagi suku Jun dengan pertumbuhan dua digit dalam jualan iPhone, Mac dan Services, serta pertumbuhan di seluruh dunia dalam setiap segmen geografi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook.

    Saham Apple meningkat lebih dua peratus dalam dagangan selepas waktu pasaran.

    Pendapatan daripada jualan iPhone dalam suku tersebut adalah AS$44.6 bilion, berbanding AS$39.3 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu, menurut Apple.

    Penghantaran telefon pintar global merosot sedikit kepada 288.9 juta unit dalam suku yang baru berakhir, menurut firma pemantau pasaran Canalys.

    Samsung kekal sebagai pengeluar terbesar dengan 57.5 juta unit telefon pintar dihantar, manakala Apple di tempat kedua dengan penghantaran iPhone menurun dua peratus kepada 44.8 juta unit, lapor Canalys. – AFP

    Logo syarikat teknologi gergasi AS, Apple, kelihatan pada sebuah kedai Apple di Munich, selatan Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda