Apple longgar lagi peraturan App Store

LONDON, 2 SEPT – Apple telah melonggarkan peraturan dengan membenarkan beberapa pembangun aplikasi seperti Spotify, Netflix dan penyiar digital untuk memasukkan link dari luar, oleh itu pengguna boleh mendaftar bagi akaun langganan berbayar.

Pembuat iPhone berkata lewat kelmarin yang ia membuat sedikit penyesuaian kepada peraturan ketat App Store bagi para pembangun yang digelar ‘reader apps’, sebagai cara untuk menyelesaikan siasatan oleh pengawal atur di Jepun.

Ia adalah konsesi terbaharu daripada Apple ketika ia berdepan tekanan global berhubung peraturan lamanya.

Salah satu aduan paling besar daripada pembuat aplikasi seperti Spotify adalah keperluan Apple yang pelanggan hanya boleh membeli menerusi aplikasi iPhone, membolehkan syarikat untuk mengambil komisen kira-kira 30 peratus.

Perubahan itu akan berkuat kuasa di seluruh dunia pada awal 2022. – AP

Gambar fail bertarikh 5 Februari menunjukkan kakitangan kedai Apple di New York. – AP