Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple memperkenalkan gajet premium yang baharu

    APPLE baru-baru ini telah melancarkan tiga model iPhone baharu dalam usaha mereka untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar telefon bimbit premium bersama-sama dengan smartwatch yang lebih canggih dan moden bagi membolehkan para pengguna untuk menilai keadaan elektrokardiogram badan mereka sendiri.

    Pengeluar teknologi terbesar Amerika Syarikat yang berpangkalan di California itu berkata bahawa mereka akan mula menjual iPhone 5.8 inci XS dan iPhone XS Max 6.5 inci pada akhir bulan September ini dengan anggaran harga yang bermula sekitar AS$999.

    Apple juga turut mengumumkan model lain seperti iPhone XR yang baharu dan dianggarkan bernilai AS$749 dan akan jual pada bulan Oktober nanti dengan paparan skrin sekitar 6.1 inci. Ketiga-tiga telefon pintar itu merupakan kemasan terkini dari iPhone pada tahun lepas iPhone X sekali gus menandakan ulang tahun yang ke-10 tahun pengeluaran telefon pintar itu.

    Telefon baharu itu akan mempunyai daya kuasa yang lebih tinggi dan kualiti kamera yang lebih terang serta mempunyai fungsi ‘Dual-SIM’.

    “Kami akan mengambil iPhone X untuk keperingkat seterusnya,” kata ketua eksekutif Apple, Tim Cook dalam satu acara bersama media di ibu pejabat syarikat itu di Cupertino, California. Naib presiden Apple, Phil Schiller memanggil model terbaharu itu sebagai satu langkah yang besar untuk masa depan telefon pintar.

    Tim Cook ketika menghadiri majlis pelancaran telefon pintar baharu Apple. – AFP
    Telefon baharu Apple akan mempunyai daya kuasa yang lebih tinggi dan kualiti kamera lebih terang serta mempunyai fungsi ‘Dual-SIM’. – AFP
    Apple yang berpangkalan di California berkata mereka akan mula menjual iPhone 5.8 inci XS dan iPhone XS Max 6.5 inci akhir September ini. – AFP

    Majlis memperkenalkan model terbaharu itu bertepatan dengan musim membeli-belah yang akan berlangsung di negara itu dan pasaran telefon pintar yang semakin berkembang di seluruh dunia.

    Walaupun iPhone telah berjaya meletakkan Apple sebagai pengeluar teknologi telefon pintar yang bernilai di dunia namun ia telah mengalami kejatuhan dan berada di tempat ketiga dalam kalangan pembuat telefon pintar di belakang Huawei yang diasaskan oleh China dan Samsung masih menguasai carta pengeluar telefon pintar tertinggi dan berpengaruh di dunia.

    Seorang penganalisis, Patrick Moorhead dari Manor Insights & Strategy berkata bahawa Apple telah melakukan yang terbaik dalam usahanya untuk mengekalkan perkembangan telefon pintarnya sehingga pesaingnya melakukan tindak balas. Avi Greengart dari firma penyelidikan GlobalData telah mempersoalkan bagaimana XR dan XS akan memasuki pasaran tempatan dan dunia.

    Tetapi dia turut meramalkan bahawa iPhone XS Max akan terjual dengan begitu baik.

    “Walaupun dengan harga sekitar AS$1099, para pengguna akan mengalami satu kepuasan yang sangat jelas,” tegas Apple dan menambah bahawa model XS akan dijual bermula 21 September ini dan XR akan bermula pada 26 Oktober nanti.

    Ciri smartwatch baharu

    Apple juga turut memperkenalkan generasi keempat Apple Watch dengan reka bentuk yang lebih canggih dan memperkenalkan satu ciri dalam meningkatkan prestasinya sebagai peranti perubatan dan juga kesihatan. Jam tangan yang dijual di Amerika Syarikat itu akan dianggarkan bernilai sekitar AS$399 dan ke atas serta akan tersedia di kedai-kedai bermula pada 21 September ini. “Apple watch telah menjadi salah satu peranti alat pintar untuk menjaga kesihatan anda,” kata Ketua Pegawai Operasi, Jeff Williams.

    Jam tangan terbaharu itu dimasukkan juga sistem ‘accelerometer’ dan giroskop yang dapat mengesan kadar kejatuhan degupan jantung dan sensor denyutan elektrik yang boleh mencatat elektrokardiogram serta yang pertama menggunakan kelengkapan teknologi itu. “Ia merupakan produk ECG yang pertama dan ditawarkan di kedai untuk para pengguna,” kata Williams.

    “Sekarang anda boleh mengambil ECG bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja hanya dari pergelangan tangan anda,” tambahnya.

    Mengesan keadaan jantung itu dilihat sebagai satu ciri yang penting khususnya buat pengguna warga emas atau kurang upaya.

    “Mengenal pasti keadaan jantung mungkin terdengar seperti sangat mudah namun ia sebenarnya memerlukan banyak analisis data,” kata Williams.

    “Jika seseorang itu mengalami sakit jantung dan tidak bergerak, jam tangan itu akan memanggil perkhidmatan kecemasan,” tambahnya.

    Moorhead turut berkata bahawa ciri-ciri kesihatan dalam peranti baharu itu sangat penting dan dihargai.

    “Saya dapat melihat anak-anak membeli satu untuk ayah dan ibu serta nenek mereka,” katanya. “Saya percaya model 4 siri ini akan mampu terjual dengan lebih baik berbanding beberapa model terdahulu,” tambahnya.

    Persimpangan

    Firma penyelidikan CB Insights mengatakan bahawa Apple berada di dalam satu persimpangan jalan selepas satu dekad memperkenalkan iPhone.

    “Mencari arus perkembangan seterusnya, Apple telah mengembangkan beberapa peranti yang lain seperti Apple Watch dan Airpods,” kata perwakilan firma tersebut.

    “Sesuatu yang baharu dan lebih besar akan dijangka menjadi pemacu utama kejayaan dan pertumbuhan berskala iPhone namun masih belum ditentukan. Adakan ia akan ditambah dengan unsur realiti atau sesuatu yang lain dan berbeza?” tambah perwakilan itu.

    Kini, Apple semakin mendekati catatan dua bilion untuk peranti dengan sistem operasi mudah alihnya yang dikenali sebagai iOS.

    “Kami akan mencatat satu pencapaian penting di mana kami akan menghantar sekitar dua juta peranti iOS kami dan ia merupakan satu perkara yang menakjubkan. iOs telah merubah cara hidup kita,” tambah Tim Cook. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda