Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple mohon maaf perlahan iPhone

    SAN FRANCISCO, 29 Dis – Apple memohon maaf kerana memperlahankan keluaran iPhone terdahulu secara sembunyi, menurutnya tindakan tersebut adalah perlu untuk mengelakkan telefon berkenaan daripada tertutup dengan sendirinya akibat kelemahan bateri.

    Kebanyakan pelanggan menggambarkan tindakan Apple itu sebagai cara untuk meningkatkan permintaan terhadap model iPhone terbaru, kecurigaan itu meningkat setelah syarikat itu tidak mendedahkan kebenaran yang menyebabkan iPhone mereka menjadi perlahan atau mengemukakan puncanya mereka.

    Apple turut mengumumkan untuk menurunkan harga bateri ganti di antara AS$50 hingga AS$29 pada tahun hadapan.

    Bateri baru sebelum ini berharga AS$79 bagi mereka yang tidak membeli Pelan Penjagaan Apple.

    “Kami memohon maaf,” menurut syarikat itu dalam laman sesawangnya.

    “Kami tidak pernah – tidak akan membuat sesuatu dengan sengaja untuk memendekkan jangka hayat bagi mana-mana produk Apple atau mengurangkan pengalaman pengguna untuk memacu peningkatan pelanggan.”

    Pelan penggantian itu akan bermula pada hujung Januari bagi sesiapa yang memiliki iPhone 6 atau akan datang yang memerlukan bateri baru.

    Apple turut mengatakan yang ia akan mengeluarkan kemas kini terbarunya terhadap sistem operasinya pada awal tahun baru untuk memberikan pengguna pemahaman yang lebih baik terhadap keadaan bateri, membolehkan pengguna memerhatikannya sekiranya ia mempengaruhi prestasi iPhone mereka. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda