Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Apple perkenalkan perisian terkini

    CUPERTINO, AMERIKA SYARIKAT, 7 JUN – Apple telah mengadakan persidangan pembangun secara bersemuka kali pertama kelmarin sejak bermulanya wabak COVID dengan mengenalkan perisian cip, peta dan cara bagi memadamkan mesej yang dihantar secara mendadak.

    Gergasi teknologi itu mendedahkan ciri serta keupayaan baharu yang dibina ke dalam sistem pengendalian yang digunakan iPhone, Apple Watch dan banyak lagi, bersama-sama dengan komputer riba MacBook Air baharu yang kini lebih pantas dipacu oleh generasi kedua cip.

    Ketua eksekutif Apple, Tim Cook dan pasukannya juga mempamerkan inovasi yang canggih semasa pembentangan ucaptama pada persidangan tersebut.

    Pembangun juga akan dapat bertemu dengan jurutera Apple semasa persidangan selama seminggu itu dan juga bekerja di bangunan baharu dengan bilik kalis bunyi bagi membolehkan mereka membincangkan idea tanpa didengari.

    Selain daripada model MacBook baharu, acara tersebut turut menyaksikan generasi baharu sistem pengendalian yang akan datang bagi jenama yang ditawarkan Apple.

    Selain itu, Apple juga akan mula membenarkan orang memadam dan mengubah mesej selepas dihantar sebagai sebahagian daripada kemas kini berbaharu kepada perisian pengendaliannya, serta pilihan yang boleh disesuaikan untuk skrin utama iPhone.

    Bergantung pada cip khas, ia membolehkan Apple menjadikan peranti dan perisiannya berfungsi dengan lancar dan mengikuti sedikit ciri yang ditawarkan oleh pesaing seperti Peta Google dan juga platform permainan video Microsoft Xbox bagi komputer berkuasa Windows. – AFP

    Komputer riba MacBook Air yang direka bentuk semula dipamerkan semasa WWDC22 di Apple Park kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...