Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple rayu denda 500 juta euro oleh Kesatuan Eropah

    BRUSSELS, 7 JULAI – Apple telah memfailkan rayuan hari ini terhadap denda sebanyak 500 juta euro yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU), sambil menuduh Brussels memaksa syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat itu membuat perubahan yang dianggap ‘tidak baik’ untuk pengguna.

    Suruhanjaya Eropah pada April lalu mengenakan denda tersebut ke atas Apple kerana menghalang pembangun aplikasi daripada mengarahkan pelanggan ke luar App Store bagi mendapatkan tawaran yang lebih murah, satu pelanggaran terhadap peraturan persaingan digital blok tersebut.

    “Hari ini kami memfailkan rayuan kerana kami percaya keputusan Suruhanjaya Eropah – dan denda yang belum pernah berlaku ini – jauh melampaui apa yang dikehendaki oleh undang-undang,” kata Apple.

    “Seperti yang akan dibuktikan dalam rayuan kami, suruhanjaya telah menetapkan bagaimana kami harus mengendalikan kedai aplikasi kami dan memaksa terma perniagaan yang mengelirukan pembangun serta tidak baik untuk pengguna.

    “Kami melaksanakan perubahan ini untuk mengelakkan denda harian yang berat dan akan mengemukakan fakta kepada mahkamah (EU),” tambahnya. – AFP

    Skrin yang memaparkan logo Apple dengan berlatarbelakangkan bendera Eropah pada 27 April 2023 di Toulouse, barat daya Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda