Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple sedia perkenal iPhone 17 berciri AI

    SAN FRANCISCO, 9 SEPT – Apple bersedia untuk memperkenalkan barisan iPhone 17nya hari ini, dengan ciri kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkatkan dijangka menjadi tumpuan utama.

    Syarikat berkuasa Silicon Valley kekal berdiam diri selaku jemputan pada musim pelancaran generasi baharu iPhone yang memacu pendapatannya.

    Walaupun iPhone mengekalkan kedudukan pasaran premium mereka, Apple berdepan tekanan yang semakin meningkat untuk membuktikan ia sedang bersaing dalam perlumbaan AI generatif.

    “Persepsi Apple sebagai ‘lewat mengadaptasi AI’ memberikan cabaran yang ketara,” kata penjejak pasaran, Canalys.

    Walaupun pencabar iPhone dikuasakan oleh Android yang disokong Google mempunyai integrasi AI yang maju secara agresif, pelancaran ciri AI pihak pertama Apple yang lebih perlahan telah mewujudkan jurang penggunaan, dengan orang ramai menangguhkan pembelian iPhone baharu, tambah Canalys.

    Apple memperkenalkan ciri AI Apple Intelligence tahun lalu, tetapi ciri tersebut tidak memuaskan hati pengguna terutamanya penambahbaikan yang telah lama ditunggu-tunggu pada pembantu suara Sirinya, kekal sebagai asas yang mengecewakan.

    Memandang ke hadapan, Apple dilaporkan merancang untuk mengintegrasikan AI ke dalam carian dalam talian tahun depan di samping membaik pulih Siri, walaupun syarikat itu belum mengesahkan laporan itu. Apple juga dilaporkan akan bekerjasama dengan Google untuk memanfaatkan kepakaran carian dan AInya.

    “Saya akan berasa terkejut jika terdapat pengumuman besar mengenai strategi AI Apple,” kata penganalisis Forrester, Thomas Husson.

    “Saya bimbang pendekatan inovasi tambahan Apple dengan iPhone 17 akan mula mencapai hadnya – terutamanya bagi mereka yang inginkan lebih banyak inovasi,” tambahnya. – AFP

    Gambar fail bertarikh 14 Mac 2020 menunjukkan bangunan kedai Apple Brooklyn di pusat bandar, di New York. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda