Monday, July 1, 2024
22.3 C
Brunei

    -

    Apple tangguh pelancaran ciri AI di Eropah

    WASHINGTON, 23 JUN – Apple berkata ia akan menangguhkan pelancaran ciri AI yang diumumkan baru-baru ini di Eropah kerana ‘ketidakpastian peraturan’ berkaitan dengan perundangan baharu Kesatuan Eropah (EU).

    Memetik Akta Pasaran Digital (DMA) Kesatuan Eropah, jurucakap syarikat pembuat iPhone itu berkata ‘kami tidak percaya bahawa kami dapat melancarkan ciri ini kepada pengguna kami di EU tahun ini.’

    Apple awal bulan ini melancarkan Apple Intelligence, satu ciri AI untuk peranti keluarannya ketika ia berusaha meyakinkan pengguna bahawa ia tidak ketinggalan dalam ledakan AI.

    Pengumuman itu termasuk perkongsian dengan OpenAI yang akan menjadikan ChatGPT tersedia kepada pengguna iPhone berdasarkan permintaan.

    Apple berkata ciri itu serta peningkatan iPhone Mirroring dan SharePlay Screen Sharing, telah ditangguhkan disebabkan kebimbangan ‘syarat-syarat kesalingoperasian DMA boleh memaksa kami menjejaskan integriti produk kami dalam cara yang boleh menjejaskan privasi pengguna dan keselamatan data.’

    Apple Intelligence yang hanya terdapat pada teknologi dalaman syarikat itu akan membolehkan pengguna mencipta emoji mereka sendiri berdasarkan penggunaan bahasa seharian atau menjana ringkasan ringkas e-mel dalam peti mel.

    “Kami komited untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Eropah dalam usaha mencari penyelesaian yang membolehkan kami menyampaikan ciri ini kepada pelanggan EU kami tanpa menjejaskan keselamatan mereka,” tambah syarikat itu.

    Dalam usaha untuk memupuk persaingan yang adil di Eropah, DMA menetapkan senarai perkara yang dibenarkan dan dilarang untuk penjaga pintu internet yang ditetapkan termasuk Apple.

    “EU ialah pasaran yang menarik dengan 450 juta pengguna berpotensi dan sentiasa terbuka untuk perniagaan bagi mana-mana syarikat yang ingin menyediakan perkhidmatan dalam pasaran dalaman Eropah,” kata jurucakap EU. – AFP

    Logo Apple menghiasi muka bangunan kedai Apple Brooklyn di pusat bandar pada Mac 2020, di New York. Apple akan tangguh pelancaran ciri AI di Eropah. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...