Monday, July 21, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple: Tarif AS tidak produktif

    WASHINGTON, 21 JUN – Apple mengingatkan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) bahawa tarif yang dicadangkan ke atas import China adalah tidak produktif, berkata mereka akan menjejas daya saing pengeluar iPhone dan ‘memihak’ kepada pesaing bukan Amerika.

    Dalam komen yang difail pada minggu ini kepada Wakil Perdagangan AS, Apple berkata cadangan tariff oleh Presiden Donald Trump akan menjejas keupayaan Apple untuk bersaing dan juga akan mengurangkan sumbangan syarikat teknologi kepada ekonomi AS dalam cukai dan pelaburan.

    Komen Apple bertarikh 17 Jun mendapati syarikat adalah pembayar cukai korporat terbesar AS dan juga dijangka melabur kira-kira AS$350 bilion dalam negara dalam tempoh lima tahun.

    “Tarif AS ke atas produk Apple akan mengakibatkan pengurangan sumbangan Apple dalam ekonomi AS,” kata syarikat.

    Selain itu, syarikat berkata pelan itu akan ‘membebani daya saing Apple’ dan merangsang pesaing China.

    “Pengeluar China yang bersaing dengan kami di pasaran global tidak mempunyai kehadiran besar dalam pasaran AS, dan dengan itu tidak akan terjejas oleh tarif AS,” kata surat.

    Apple, yang menurut beberapa laporan sedang menimbang memindah beberapa pengeluaran iPhone dan produk lain dari China ke India atau negara lain, berkata senarai tarif yang dicadangkan ‘merangkumi semua produk utama Apple,’ termasuk iPhone, iPad, Mac, AirPods dan AppleTV. – AFP

    Dalam gambar fail yang diambil pada 7 September 2016, logo Apple dilihat di luar Auditorium Sivik Bill Graham di San Francisco, California. Apple mengingatkan pentadbiran AS bahawa tarif ke atas import China akan menjejas daya saing pengeluar iPhone. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda