SAN FRANCISO, 31 Julai – Apple akan mengeluarkan angka pemerolehan suku tahunan hari ini ketika ia menempa sejarah iaitu nilai pasaran trilion dolar yang berdasarkan harga saham syarikat itu.
Untuk mencecah aras trilion dolar, saham-saham Apple melonjak kira-kira tujuh peratus dari harga AS$189.91 yang dicatatkan pada dagangan rasmi yang ditutup semalam di Nasdaq.
Pasaran yang berminat mengenai berita permintaan bagi iPhone dan bagaimana syarikat itu berdepan pergolakan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Perang perdagangan Presiden Donald Trump, yang melibatkan 25 peratus tarif AS bernilai AS$34 bilion dalam barangan China, dengan lebih banyak menanti dan tarif tinggi ke atas bahan keluli dan aluminium yang mencetuskan kemarahan China dan negara lain, telah melancarkan serangan balas bersama duti import ke atas barangan AS.
Syarikat yang berpangkalan di Silicon Valley itu dijangka akan mendedahkan model iPhone yang baharu pada musim luruh, dengan terus berpegang pada amalannya mengeluarkan model yang dikemas kini setiap tahun sebelum musim membeli-belah percutian akhir tahun.

Penjualan iPhone pada suku tahunan berkemungkinan sedikit hambar disebabkan ramai peminat telah membeli telefon dalam beberapa bulan lebih awal atau bertahan untuk memiliki model terbaharu.
Pemerolehan Apple juga dijangka kukuh, dengan purata harga iPhone yang dijual meningkat ketika pembeli memilih iPhone X.
Berbilion-bilion dolar yang telah dibelanjakan oleh Apple untuk membeli semula saham mungkin membantu melonjakkan aras nilai trilion dolar dalam pasaran saham.
Awal tahun ini, Apple mengumumkan akan membeli semula AS$100 bilion dalam saham.
Apple telah berupaya untuk cemerlang di sebalik imejnya yang terjejas selepas dituduh mengakibatkan anak muda ketagih kepada telefon pintar dan memperlahankan prestasi iPhone yang lama. – AFP