Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple umum peningkatan perbelanjaan di Vietnam

    HANOI, 15 APRIL – Gergasi teknologi Apple berkata hari ini bahawa ia akan meningkatkan perbelanjaan ke atas pembekal di Vietnam, hab pengeluaran utama, semasa Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook tiba di negara itu untuk lawatan dua hari.

    Pengeluar iPhone mengumumkan berita itu dalam satu kenyataan di laman webnya tetapi tidak memberikan butiran mengenai berapa banyak yang akan dibelanjakan atau ke mana wang itu akan digunakan.

    Cook dijangka bertemu dengan pengaturcara, pencipta kandungan dan pelajar semasa lawatannya, menurut laporan VnExpress.

    Lawatan itu berlaku ketika pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berusaha untuk meningkatkan peranan Vietnam dalam rantaian bekalan teknologi global untuk mengurangkan kebergantungan AS kepada China.

    Gambar di laman berita VnExpress menunjukkan Cook berjalan-jalan di sekitar Tasik Hoan Kiem di pusat bandar Hanoi.

    “Hello Vietnam. Saya sangat teruja untuk berada di sini hari ini. Saya tidak sabar untuk berjumpa semua pembangun dan pencipta dalam komuniti,” kata bos Apple itu dalam video yang disiarkan di laman berita tersebut. – AFP

    Cook berjalan di sekitar Tasik Hoan Kiem di pusat bandar Hanoi semasa lawatannya ke Vietnam hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda