Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apresiasi guru agama Brunei 2A sempena Hari Guru

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Jawatankuasa Pemimpin-pemimpin Sekolah-sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei 2A telah mengadakan Majlis Apresiasi Guru Sempena Hari Guru ke-35 bagi Guru-guru Sekolah Agama Kawasan Brunei 2A Tahun 1447 Hijrah/2025 Masihi, yang berlangsung di Dewan Mahligai, Airport Mall, Berakas, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu khas ialah Pemangku Penolong Pengarah (Profesional), Jabatan Pengajian Islam (JPI), Pengiran Mohamad Aminuddin bin Pengiran Haji Hussin.

    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 49, Awang Abu Samah bin Haji Mohd Said selaku pengerusi majlis.

    Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru diraikan yang disempurnakan oleh tetamu khas, serta beberapa persembahan daripada guru-guru agama Kawasan Brunei 2A.

    Majlis tersebut diadakan adalah bagi menghargai jasa dan komitmen guru-guru agama dalam mendidik anak bangsa dengan ilmu agama serta membentuk akhlak mulia.

    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU

    Ia juga menjadi manifestasi penghargaan terhadap peranan guru sebagai pembimbing, penyampai ilmu dan pembentuk sahsiah umat Islam di negara ini.

    Penganjuran majlis itu juga dihasratkan dapat menyemarakkan semangat para guru untuk terus berdedikasi, berinovasi dan berkhidmat dengan penuh keikhlasan, di samping memperkukuh ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan pendidik agama serta warga JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda