Saturday, May 10, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aquaria KLCC cipta rekod baru

    KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Aquaria KLCC mencipta rekod baharu apabila mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pemasangan Jalur Gemilang terpanjang (60 meter) di dalam akuarium.

    Pemasangan Jalur Gemilang berkenaan sebagai meraikan Hari Kebangsaan 2017 dan sempena ulang tahun ke-12 Aquaria KLCC hari ini.

    Pengarah Eksekutif Aquawalk Sdn Bhd, Datuk Simon Foong berkata orang ramai boleh melihat Jalur Gemilang berukuran 60 meter panjang x 83 sentimeter lebar yang menghiasi dinding dalam akuarium berkenaan sehingga Ahad ini.

    “Pemasangan Jalur Gemilang itu bertujuan membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan pengunjung di samping memperlihatkan semangat cintakan negara yang mampu menjadi tarikan pelancong.

    “Pihak kami telah membuat kajian sebelum pemasangan Jalur Gemilang dilakukan supaya material dan bahan pewarna yang digunakan tidak mengandungi bahan toksik yang boleh mencemarkan hidupan dalam akuarium tersebut. Oleh itu, kami pilih bahan (material) untuk membuat bendera itu daripada nilon khas,” katanya kepada pemberita selepas menerima sijil daripada pengasas MBOR Tan Sri Danny Ooi pada satu majlis di Aquaria KLCC.

    Foong berkata kerja-kerja pemasangan Jalur Gemilang itu melibatkan 10 orang termasuk empat penyelam dan enam orang kru yang mengambil masa selama tiga jam. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda