Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AR Badul nafi ada hubungan dengan heroin filem

    Pelakon dan pengarah veteran, AR Badul menolak dakwaan mempunyai hubungan dengan heroin filem Vik2ria Secret, Annie Arifin.

    AR Badul berkata, dia sudah berusia 73 tahun, justeru Annie berhak mencari pasangan hidup lebih baik daripada dirinya.

    “Dari mana khabar angin ini datang? Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan Annie adalah anak saya. Berita itu juga tidak benar sama sekali.

    “Mungkin Annie boleh cari lelaki lebih baik daripada saya. Dunia sekarang memang macam ini, kita nak buat macam mana. Saya sudah berusia 73 tahun, takkanlah tak sedar diri lagi nak ada teman wanita. – Agensi

    AR Badul tidak kesal kerana menyifatkan gossip sebagai asam geram bergelar selebriti. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda