Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AR Rahman, Saira Banu umum berpisah

    Maestro muzik yang juga pemenang Anugerah Akademi (Oscar), AR Rahman, 57, dan isteri, Saira Banu, 50, secara rasmi mengumumkan mereka berpisah selepas hampir tiga dekad membina rumah tangga.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui peguam, pasangan itu dilaporkan menyebut ‘ketegangan emosi ketara’ serta ‘tekanan dan kesukaran’ sebagai faktor kepada perpisahan mereka.

    Tambah kenyataan itu, keadaan itu mewujudkan jurang antara mereka biarpun pada hakikatnya, Rahman dan Saira masih menyayangi antara satu sama lain.

    Banu dilaporkan menyatakan bahawa keputusan untuk bercerai diambil dengan berat hati. Banu juga menekankan dirinya perlukan privasi untuk mengharungi detik sukar ini, lapor CNA Lifestyle.

    Rahman dan Banu berkahwin pada 1995 dan dikurniakan tiga anak iaitu Khatija, Raheema dan Ameen. Perkahwinan mereka, dilaporkan diatur ibu Rahman yang menjadi individu penting dalam perjalanan karier legenda muzik itu.

    Rahman yang ketika itu sibuk dengan kerjaya, menyerahkan kepada ibu untuk mencari pasangan buatnya melengkapkan kehidupan.

    Selepas perceraian mereka diumumkan, Rahman menyatakan perasaan dan penghargaan di platform X.

    “Kami berharap untuk mencapai ulang tahun (perkahwinan) ke-30, tetapi semua perkara, nampaknya, membawa kepada penghujung yang tidak dapat dijangka.

    “Namun, dalam kehancuran ini, kita mencari makna, walaupun hati ini mungkin tidak mendapat mencari pemiliknya lagi.

    “Kepada rakan-rakan kami, terima kasih atas kebaikan anda dan menghormati privasi ketika kami mengharungi tempoh sukar ini,” katanya.

    Anak Rahman dan Banu, iaitu Ameen dan Raheema turut memohon peminat untuk memberi ibu bapa mereka privasi melalui hantaran di laman sosial.- Agensi

    Rahman dan Banu berkahwin pada 1995 dan dikurniakan tiga anak iaitu Khatija, Raheema dan Ameen.- mStar

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda